Awek Pavillion or Awek Mamak ?

Assalamualaikum.

Hai Blogas Semua !

Petang yang slow hari ini untuk wak.. Pfftttt!! Terlalu banyak stunt wak dah hasil kan dalam mewayang melakukan kerja sehingga lah …

” ces! tak boleh jadi macam ni.. tepu lemak perut aku hari hari macam ni ” ngomel wak sambil godek2 keyboard.
Read More

Wak Cinta Jannah !

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Agak lama wak delay nak update entri baru ni. Biasa lah makan open house banyak sangat, tu jadi tepu tu.. nak taip entri pun tak tertaip – taip lagi.

By the way, Alhamdulillah ! Hari ni wak berjaya untuk tulis satu lagi entri untuk wak share dengan korang.
Read More

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger, follower, penyokong dan pembaca blog wak ni tak kira korang di mana pun sekarang ni. Wak nak memohon jugak seribu kemaafan andai tutur cara wak ada yang mengguriskan hati korang. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan sempurna buat korang semua.

Yeah ! It’s Time for Hari Raya Holiday !

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Diam tak diam. Kecoh tak kecoh ! Ramadhan sudah nak tinggal kan kita. Tinggalkan untuk 11 bulan lamanya. Serius wak rasa something dalam bulan mulia ni. Macam-macam dah berlaku dan wak lakukan dengan rela hati dan kadang kala dalam keterpaksaan jugak. Tapi wak yakin.. Allah know’s better than me right? Dan wak selalu ingatkan diri wak yang hina ni.. bila Allah uji wak, maknanya DIA masih sayang kan wak.. Alhamdulillah

Dongeng Si Buntal

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Hari ini hari Sabtu. Memang lah hari Sabtu tak kan Selasa plak. Wak selalunya memang akan ada masalah untuk buat pendahuluan entri. Macam buat karangan dekat sekolah. Isi dah bersepah satu muka surat, tapi bila nak buat pendahuluan cerita mesti ada macam bunyi macam ni..

” krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik”

tak ada kene mengena dalam ini kisah

Read More

Allah Would Never Give Us Something We Can’t Handle

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

notakaki : belum start tulis dah ade notakaki.. ce tgk atas .. tajuk entri wak in English lah !

Hari Jumaat ! Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak tinggalkan kita semula untuk 11 bulan lamanya. Dan tinggal beberapa hari je lagi kita nak raikan kemenangan kita. Yeah!! wak dah tak sabar nak cuti .. tension dah dok ofis lama-lama.

wak kidnap dari google

OK ! Hari ni wak nak share something yang agak serius sikit. So wak akan lebih matang dalam entri ni. Tak de hingus-hingus hijau dah sambil tulis entri seperti sebelum ni.

Jam 7.50 pagi

wak :

” bro! assalamulaikum.. ape cite semalam? “

djo :

” waalaikumussalam.. fuhh semalam totally lost.. mata aku dah denyut2.. tu aku balik rumah terus “

wak :

” ko lepak masjid sampai sebelum zuhur ke ? “

djo :

” yup! masjid kita solat Jumaat.. aku hari nak half day pastu nak tambah cuti Isnin direct sampai raya “

wak :

” perghhh !! sumpah aku jeles “

djo :

” aku dah tak tahan bro.. tekanan banyak sangat “

wak :

” tekanan sebab keje ke sebab orang ? ” ( tanya wak serius! )

djo :

” macam2.. keje ade.. family aku lagi “

wak :

” lor.. pasal bapak ko ke ? “

djo :

” bapak aku.. mak cik aku lagi “

wak :

” tak pe bro.. ko patut bersyukur dapat dugaan bulan2 pose ni .. tak ramai yang dapat “

notakakipanjang :

Datang sesuatu musibah percayalah ada hikmah atau permata yang indah di baliknya untuk kita. Macam mana nak dapat permata tersebut ?

  1. Pasrah akan takdirnya
  2. Jangan lakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita atau pun orang lain.
  3. Dekatkan diri dengan Allah. Ketika musibah tiba, di situlah kehadiran Allah. Dia akan datang, hampir dan menarik kita untuk dekat padanYa bila mana kita semakin jauh dariNya. Itu tanda Allah masih sayang pada kita.
  4. Hadapinya dengan rasa yakin, ucapkan lah Aku pasrah ya ALLAH dengan MahuMu, Aku Yakin takdirMu yang terbaik. Aku serahkan segala masalah ini kepada MU dan aku yakin Kau akan menguruskan dengan sempurna.
  5. Jangan putuskan zikir kita pada Allah. Sentiasalah ingat padaNya.

Jika baca tak dapat ertinya.. Maka mengeja lah.

Genap Setahun Kerja di GRSB

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Rasa macam baru semalam.. Pffttt!!

notakaki : tak perlu dramatic sangat permulaan perenggan tu

Hari ni 1 Ogos 2013 genap lah setahun wak bekerja sebagai Engineer di GRSB ni. Wak pun tak perasaan sampai lah di pagi yang sejuk ditemani air cond yg dingin ni, fahmi pun tegur wak dengan loghat Terengganunya :

fahmi :

” wak ! setahun da kita keje kat sini.. haha “

wak :

” eah? aah la.. dah 1 ari bulan .. lagi 26 hari lagi nak gaji !! Yeah! “

fahmi :

” PFfftt !! “

wak kidnap dari google

keadaan kembali sunyi ibarat berada di lorong Haji Taib. Tapi kat lorong tu ade jugak bunyi-bunyi suara nyah2 mencari abang-abang..

notakaki ; wak tak pergi tempat macam tu. Wak tau pun dari majalah 3.

OK! Jom kita pergi ke 1/8/2012.. ( sekitar  2 minggu puasa )

Dengan muka dan pakaian yang skema.. wak mengenakan kemeja purple kegemaran wak, berseluar slack hitam dan berkasut kulit yang wak pinjam dari bapak wak….. tak lupa juga neck tie wak rembat adik wak punya.

Wak pun menunggang motor menuju ke GRSB buat kali ke 2 . Kali pertama masa interview. Dalam kepala hotak wak jenuh berfikir :

” pe syial aku kene buat first day? katanya training? ade joging ke bolan2 pose ni ? uish !! mampus aku !! “
” argghhh!! persetan kan semua tu !

notakaki: tak de interview. Diorang bagi makan pastu terus balik rumah.

Janji2 ditaburi. Mata kami di kaburi



Sekitar jam 7.45 pagi… wak pun sampai.. dari jauh wak dah nampak dah muka si Nazri & Faqih !

” damn!! mana aku letak muka ni !! Si Faqih pakai T-shirt dan Jeans manakala si Nazri cuma berkemeja putih tak bergosok ! “

wak pun berhenti dulu pit stop pertama tanggalkan neck tie wak.. tak de lah nampak skema sangat.

Hari dan minggu pun terus berlalu.. Untuk 3 minggu pertama, memang kitorang tak ada apa2 training pun.. Datang ofis just untuk tidor je. Sehingga lah lepas cuti raya, training wak pun bermula dengan bosannya.

Dipendekkan cerita, pada Januari 2013 baru lah wak diberikan confirmation letter dari company dan di saat itu bertukar la job entitle wak dari Trainee Engineer menjadi Engineer. Baru lah wak dapat merasa benifits sebagai seorang Engineer di company ni. Menjadi seorang Trainee ibarat di anak tiri kan. Semuanya tak boleh! What the fuuuk !!

Sekarang.. sudah setahun wak bekerja di GRSB yang tecinta ni ( tangan di dada, mata ke atas ) . Wak pun dah involve dengan 3 projek setakat ni. Tak perlu lah wak cerita projek apa, dari ofis wak terjun ke site.. Dari site wak selam ke ofis balik. Dan dalam masa setahun jugak bersepah-sepah kawan wak yang dah kawen dan nak kawen. Ada yang dah standby nak beranak,memberanakkan dan diberanakkan pun ada.

” bila giliran aku pulak ni !! ” Jerit wak tetiba mengejutkan si fahmi yang duk sibuk buat kad raya dari semalam.

notakaki: sembang buat orang bimbang. Buat masa sekarang wak duk di ofis.. sebab tu ada masa banyak nak update blog ni.

notakakipanjang :  Wak rasa dah cukup panjang wak karang kisah benar ni. Kalau panjang sangat takut korang anggap dongeng pulak cerita ni. Anyway  syukur Alhamdulillah! rezeki yang Allah beri pada wak ni dan wak juga doakan korang murah dan diperluaskan rezeki. Tapi ingat! rezeki tu bukan pada duet sahaja tau ? Renung2kan.. tapi kalau dah renung kene baca jugak entri ni.